Skip to content

من النهر إلى البحر
#FreePalestine

E-Aduan, Laman Aduan Rakyat

Platform Simulasi E-Aduan Bentong adalah laman aduan rakyat, satu saluran penyampaian aduan dan isu daripada rakyat kepada wakil rakyat. Diilhamkan daripada E-Aduan Bentong, kelolaan YB Young Syefura.

Beberapa kelebihan sistem ini berbanding E-Aduan Bentong.

  • Terima lampiran, muat naik lampiran bergambar atau dokumen sekali dengan aduan untuk pencerahan isu.
  • Bersifat dua hala. Komunikasi terbuka antara pengadu dan petugas.
  • Mesra pengguna – mempunyai pilihan bahasa dan kebolehgunaan di pelbagai peranti.
  • Pengguna berdaftar tidak perlu mengisi butiran diri berulang setiap kali membuat aduan.
  • Rekod aduan tersimpan untuk rujukan.
  • Pengurusan pengguna.
  • Pengumpulan data.
  • Isi yang tidak statik. Borang aduan boleh diubahsuai mengikut keperluan.
  • Pemantauan kecekapan pengurusan menerima dan menyelesaikan aduan adalah telus.
  • Titik komunikasi yang berpusat dan menumpukan pelbagai saluran kepada satu.


Masih ada persoalan? Hubungi 010-4616553 atau utarakan pertanyaan anda ke hello@adeeology.com.my atau layari Simulasi E-Aduan Bentong di sini. Khidmat rundingan bersemuka tanpa bayaran boleh diuruskan di Lembah Klang.

PENAFIAN: Sayugia diingatkan bahawa laman ini tiada kaitan secara rasmi atau sebaliknya dengan YB Young Syefura atau https://eaduan.my/bentong. Ini sekadar simulasi untuk menggambarkan keupayaan dan kebolehan sistem E-Aduan ini.

Published inPortfolio