
Al-Masjidil merupakan inisiatif memperkasakan institusi masjid dan surau di atas talian. Ianya menggabungkan laman web, laman e-dagang, dan gerbang sistem sokongan pelanggan di dalam satu pakej – satu ‘Laman Pengimarahan Digital’.
Pada dasarnya, Al-Masjidil pada mempunyai tiga bahagian utama;
- Laman web ataupun blog. Ia merupakan wadah penyampaian utama untuk hebahan kepada jemaah.
- Laman e-dagang, yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan tambahan buat masjid.
- Gerbang sokongan pelanggan untuk menerima aduan dan cadangan daripada jemaah.
Laman Al-Masjidil boleh digabungkan dengan platform media sosial popular seperti Facebook, Instagram, X (Twitter) dan sebagainya. Makluman kempen infaq, dan hebahan majlis ilmu, berita perkahwinan atau kematian kariah tempatan, dan butiran kewangan juga boleh dipaparkan.
Berikut ialah beberapa tangkap layar untuk laman Al-Masjidil. Setiap bahagian utama Al-Masjidil mempunyai laman khusus untuk memudahkan penyampaian dan pembuktian konsep Al-Masjidil. Anda juga dijemput melayari laman contoh Al-Masjidil, Laman Pengimarahan Digital. Sekiranya anda inginkan maklumat lebih lanjut mengenai Al-Masjidil, jemput baca kertas cadangan Al-Masjidil di sini.





